DeNgAr La hAkO MeMbEbEl.. August 16, 2008
Posted by "eS@RLi" in My Life.1 comment so far
Hurmm.. lame hako x membebel kat entri nih. Klu nak dikire2 ngn kalkulator, jari jemari tangan dan juge kuku jari kaki dekat sethn jugak la blog hako nih idop. Tapi still manyak mende gi hako x reti nak buat. Maybe hako nih bute IT kut. Tak pon kemalasan tok menggodam setiap icon dalam nih..
Hako still xtaw lagi camno nak masokkan lagu, video kew, nak tambah blogroll member pon hako da xtaw camner, sejak wordpress nih di upgred jadik baru cenggini nih.. Aduhai~~
Citer terbaru hako.. nothin’ kut. Eh, penah tak korang dengar.. “klu 1 ari tuh kiter termimpi org yg kiter syg (means couple la) org tuh xkan jadik pasangan kiter?” wakakakakaa~~ nak tergelak jugak nih.. hak3.. nih x der kena mengena ngn hako la.. tapi member roomate hako time study2 dulu penah cakap cenggitew.. Nak percaye pon cam karut jerk.. tapi ntah la.. Klu fikir logik, kot2 rase windu sangat sampai terbawa2 la dlm mimpi.. Yew tak?? Ahax~~
Hurmm.. skang idop nih rase cam happy jerk, napew yerk?? Jeng3~~ Kadang2 “org tuh” cam caring sgt.. Kadang2 sikap dier mcm xder paper pulak.. So konpiuses~~ Biarlah, jodoh pertemuan ditangan tuhan.. **doa**
Citer pasal adek hako, tak lame lagik da nak fly dah.. Sob3.. Sejak da bertemu ngn kekasih ati.. Jarang dah contact hako, maklumlah kekasih lebih penting mehh.. Uhuk3~~ Klakar jugak kat dier nih.. Cakap jerk xreti bercinta kunun.. Dalam diam2 ubi berisik.. Nak makan2 pon nak kena suap.. (Nak tergelak hako dengar) Dapat citer dr aweks dier sendirik.. Toing.. Jalan x pegang tangan pon nak merajok~~ Wakakakakakaa.. (xpew paham.. hako dulu2 pon muder jugak.. wakakkka) Skang pon muder lagik.. Hikss.. tapi x penah makan bersuap2.. Ahahahahaa~~~
Tentang kerjaya pulak, da ke 258 kali dah tipu jerk tuh hako menghadiri interview goverment.. Hai.. Naik malas dah hako klu nak diikutkan.. Tapi “usaha itu tangga kejayaan” so eden torai jerk la sampei ke tue.. Miahahaha.. Rezki lom menyebelahi hako.. **doa lagik** Bulan nih jerk 2 panggilan tok menghadiri interview hako time.. Tapi yg 22hb nih nanti, hako x sure nak pergi ke tak.. Bukan tak mo.. tapi hako nih x menepati ciri2 yg dorg nak.. Jawatan penguasa kastam. Sayang klu tak try.. Tapi berat badan ngn tinggi x melayakkan hako.. Huwaaa.. Pesal la dorg nak berat 46kg, tinggi 150++ baper tah x igt bg pompuan.. Berat hako baru baper, tinggi comey2 ajer.. Hak3.. Amik la yg comey2 cam hako nih.. Okay per.. Pasan~~ Ahax..
OooPPss.. Bos hako dtg pulak nih.. Sok2 hako bercerita lagik ehh.. Sayonara~~ Layannn!!
aYaT-aYaT CiNtA~~RosSA August 16, 2008
Posted by "eS@RLi" in Lirik Lagu.add a comment
Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
mEnJaGa hAtI ~~ YoViE n NuNo August 16, 2008
Posted by "eS@RLi" in Lirik Lagu.add a comment
masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling
REFF:
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana
REFF
andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati
REFF 2x
sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh
kAtA LeLaKi “wAnITa iTu lEmAh” August 15, 2008
Posted by "eS@RLi" in Cinta.add a comment
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut…..
besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …
kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan
kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan
bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah
sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di
subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…
di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di
dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan
anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang
berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di
jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap
lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan
membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan
laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai
layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud…
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti
tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita
sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera
dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin
menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
Memberi kesedaran supaya segera
bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adap
tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga
anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus
dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH
JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH
SESAT’
Tak perlu mencari teman secantik
BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan
YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh
IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa
KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH
S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapt
MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau
MENILAI….. ..
__._,_.___
jAgALaH HaTi SeSEoRaNg~~ August 15, 2008
Posted by "eS@RLi" in Cinta.1 comment so far
Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak
pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?
Baiklah, katakanlah kamu menemani
seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh
seekor ikan dan dia segera pemutar
pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut
jorannya supaya mata kail semakin
menyangkut mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke
darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga turut tersenyum
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu ke air.
Eh, apa hal? Kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda
tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah
tindakannya itu tidak menimbulkan
sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai
oleh ikan itu?
Bolehkan ia menyambung hidup dengan
mulutnya yang terluka atau mungkin
juga isi perutnya
yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami
kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek,
dia tentu tidak dapat mencari
makanan,untuk berenang pun mungkin dia
tidak mampu. Dia mungkin disisihkan
oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh
aktif lagi.
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangi kamu
hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.
Sebab itu apabila kamu merelakan hati
kamu untuk bercinta, seriuslah dalam
tindakan dan keputusan kamu itu, sebab
jika kamu hanya main-main, akan ada
pihak yang menangis.
Tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan menderitanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali
ke air. Begitulah, alangkah
sakitnya hidup bersama hati yang robek
kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH
menjadikan cinta untuk memberi
keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya
menjalani hidup mereka, tapi tahukah
kamu lebih ramai orang yang
menderita kerana cinta daripada yang
berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta atau pun
akan bercinta suatu hari
nanti,peliharalah hatinya dan
rencahilah cinta kamu dengan
kejujuran,kesucian dan keikhlasan
serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta
yang begini akan kekal, selainnya
pasti menempuh jalan berliku dan
akhirnya menumpahkan air mata
kesedihan.
Maka itu, jika kamu belum bersedia
untuk berlaku jujur janganlah bercinta
dulu. Jika kamu belum bersedia untuk
setia janganlah cuba-cuba
memberikan hati kepada orang lain.
Sebab perbuatan yang sebegini akan
hanya menghabiskan masa, membazirkan
airmata dan perbuatan kamu itu akan
memulakan satu derita…
Ingatlah, kita adalah apa yang kita
usahakan…. Jangan sesekali
memberikan harapan kepada orang
lain,yang mana kita sendiri pun tidak
pasti
akan kesudahannya. .. Jika hari ini
kita melukakan seseorang, suatu hari
nanti kita pula akan dilukai seperti
mana kita pernah melukakan dahulu….
Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan
ada balasannya.. .
Renungkanlah. …
KuDa~~~ August 2, 2008
Posted by "eS@RLi" in Lucu.6 comments
“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??….si isteri pun menjawap…. “nah! awak tengok nih….sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama….’Mary’ ….si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary….dgn tenang si suami menjawab…. ooo….itu nama kuda yg saya bertaruh semalam….. namanya Mary…..si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur…..
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu…. PANG!!!….kali ini dengan lebih kuat lagi!….si suami pun bertanya…. aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???…dengan selamba..si isteri menjawap…. “kuda awak telefon!!”.. …
hArGa sEbUaH ImAn August 2, 2008
Posted by "eS@RLi" in Renungan.2 comments
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke
masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang
lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,
tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke
arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu
bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan
daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
” DUNIA sebagai ALAT
AKHIRAT sebagai MATLAMAT “
mEnGaPa wAnItA SgT IsTiMeWa ^_^ July 28, 2008
Posted by "eS@RLi" in Cinta.4 comments
Mengapa WANITA sangat Istimewa…. ..
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…
ternampak pulak beg g keje…emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…
Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”
masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang. ..pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu. ..
bukak almari…emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..
dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi.. ..ok dah …
ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…
aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring. ..panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”… selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….
So?….apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better…
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…
mEnGhArApKaN JoDoH?? July 26, 2008
Posted by "eS@RLi" in Cinta.add a comment
tAnDa2 sAlAh pIlIH pAsAnGaN July 26, 2008
Posted by "eS@RLi" in Cinta.14 comments